Wednesday 24 April 2013

Negeri Persisiran Pantai #April 21

Tanggal 21 April 2013, merupakan detik yang paling bermakna dalam hidup aku. Aku tak berpernah terfikir yang aku benar-benar dapat melakukan yang. Hari itu, aku hanya berbekalkan tekad dan azam yang kuat untuk mencapai rekod aku sebagai seorang yang suka mencabar sendiri. Yeah, aku pergi "berderak" ke Terengganu SEORANG DIRI. Jom follow entri kali ini.

Daripada (A) Kota Bharu (7.45am) ke (B) Cukai (8.15pm) pada April 21, sejauh 313 km (anggaran Google Maps) 

( A ) KOTA BHARU (April 21, 7.45am)  

Seawal 7.00am pagi lagi aku bersiap untuk berangkat ke Terengganu. Tujuannya adalah untuk berjumpa kawan-kawan aku yang berada di Terengganu, terutamanya Izzat yang sudah 2 tahun tak jumpa. Juga tidak terlupa kawan-kawan MRSM Tumpat seperti Nik, Fakh, Ara, Fauzan dan ramai lagi yang aku nak jumpa. Apa yang menarik tentang pengembaraan aku kali ini adalah pada permulaan dan perakhirannya. Kenapa? Sebab aku akan ke Kuala Terengganu dengan menaiki Honda EX 5 (ianya sejenis motorsikal bagi mereka masih kabur). Aku akan menunggang motosikal sejauh 141 km dari rumah ke Wakaf Tengah, Kuala Terengganu untuk menyewa kereta di sana. 

Tapi sebelum itu aku kena melalui (B) iaitu Tok Bali, Pasir Puteh agar aku tidak sesat. Ya, betul tu. Itulah yang menariknya, kembara aku ini tidak mengguna GPS. Navigator aku cumalah signboard jalan, instinct dan pengalaman lepas. Aku adalah bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu untuk satu semester. Untuk pergi ke Gong Bandak, Seberang Takir, Dataran Shah Bandar dan Mydin Mall (tempat outing) adalah mudah kerana aku telah menghafal jalan-jalan sewaktu belajar di MRSM KT atau dikenali MRSM Wakaf Tengah atau MRSM Batu Rakit. 



( B ) TOK BALI, PASIR PUTEH  (April 21, 9.15am) 

Kapal & Jambatan Tok Bali yang menjadi simbol tarikan di Tok Bali ini

Pasar Tiba, di mana ikan yang baru saja ditangkap akan terus diborong dan dijual di sini juga. Belakang pasar ini adalah muara sungai yang mana kapal-kapal nelayan aku akan membawa ikan secara terus ke pasar. 
Ini adalah perhentian pertama aku, agak letih juga naik motorsikal sampai Tok Bali. Untuk pengetahuan semua, Tok Bali adalah dalam kawasan jajahan (daerah) Pasir Puteh dan tempat ini adalah kawasan perikanan yang terkenal di Kelantan. Antara tarikannya adalah sebuah jambatan yang tinggi merentasi muara Tok Bali bagi laluan kapal-kapal dan juga Pasar Tiba, di mana ikan yang baru sahaja ditangkap terus di jual di sini. Oleh itu, ikan - ikan di sini adalah murah dan segar  Tok Bali juga merupakan kawasan peranginan yang cantik. Dari rumah aku untuk sampai ke Tok Bali memakan masa lebih kurang 1 jam melalui Bachok. Aku berhenti rehat di sini selama setengah jam kerana agak lenguh dan keletihan. Bagi mereka yang tidak pernah datang ke sini, biarlah gambar-gambar diatas ini bercerita.  

Kemudian aku meneruskan perjalanan ke Kuala Besut. Hati aku mulai merasa lega selepas berjaya melepasi pintu gerbang "Selamat Datang ke Terengganu". Bukan apa, cuma berasa gembira sebab aku berjaya menjejakkan kaki ke Terengganu dengan usaha sendiri. Rasa macam sudah dewasa dan sudah mampu berdikari dan menyahut cabaran. Aku singgah di bank dekat Pasar Kuala Besut untuk mengeluar wang sebanyak rm 200 (duit gaji). Memandangkan minyak motorsikal sudah hampir kurang dan wang sebanyak rm150 untuk membayar sewa kereta kelak. 

Sesudah itu, aku pun meneruskan perjalanan untuk pergi ke Penarek. Tengok-tengok signboard dan jumpa Kampung Air Tawar. Belok kanan, belok kiri, masuk lorong  dan main rendah kemudian jumpa pantai dan, Yeah..!! jumpa pun Jalan Pantai. Haha, tapi asal nampak lain saja? 

#Sesat 1 : Aku sepatutnya dari {A} Kg. Air Tawar pergi ke
{B} Kg. Raja tapi sesat dekat jalan kecil ke pantai {C} dan
aku sangka itu adalah jalan Jalan Pantai ke Penarek, Setiu

Aku terus patah balik ke Kampung Air Tawar dan mengikut gerak hati supaya aku sampai ke Kampung Tembila. Kenapa? Sebab Kampung Tembila berdekatan dengan MRSM Besut. Maka dengan ini, aku akan jumpa dengan Kota Putera dan akan ke Penarek melalui Kampung Fikri. Kawasan itu, adalah kawasan kampung dan agak memeningkan serta banyak kawasan sawit. Walau apa-apa pun, aku berjaya sampai ke Pantai Penarek pada pukul 10.45am yang mengimbau aku pada saat ke MRSM Kuala Terengganu. Yes..!! Melalui Penarek aku akan sampai ke Merang dan Batu Rakit dan seterusnya Wakaf Tengah 

( C ) WAKAF TENGAH, K. TERENGGANU (April 21, 12.05pm)

MRSM Kuala Terengganu di Wakaf Tengah
Dan akhirnya tamat sesi bermotosikal ke Terengganu, tungggu balik esoknya pulalah aku bermotosikal. Sejauh 141km selama 4 jam menunggang, mahu patah tulang belakang aku. Kemudian, menghubungi tuan sewa kereta. Sebaik sahaja, menghubungi dia memberi tahu lokasi rumahnya. Rumahnya terletak di seberang jalan dari MRSM. Melalui satu lorong di sana, aku terus membelok ke kiri dan jumpa sebuah rumah yang dipenuhi kereta. 

Setelah berurusan dengan seorang perempuan (isteri kepada tuan kereta sewa itu) aku pun dapatlah kunci kereta itu. Motosikal aku, aku tinggalkan dalam halaman rumahnya setelah mendapat kebenaran. Nasib baik ingat bawa kunci. Bayaran untuk kereta itu hanyalah RM50 untuk Perodua Kancil. Aku menyewa untuk dua hari, jadi harganya RM100 + RM50 deposit. Memadaikan? Tapi yang bengangnya dia bagi aku kereta tak ada minyak langsung. Lebih merana lagi kereta itu adalah manual. Haha, bagi boleh saja bawa kereta manual, tapi bak kereta mati semasa memandu di simpang-simpang, itu suku kira. Terpaksalah aku ke ke Gong Badak untuk isi minyak sebelum memulakan perjalanan. Tapi untung jugalah kereta manual sebab minyak jimat guna manual. 



Ini kereta aku sewa =)
http://hahasale.com/index.php/cars/17770/kereta-untuk-di-sewa-KUALA-TERENGGANU/?t=1300580624
Bagi sesiapa yang berminat hendak menyewa kereta bagi
area Gong Badak klik sini

( D ) GONG BADAK, K. TERENGGANU (April 21, 1.15pm)  

Inilah Kompleks Gong Badak
Setelah aku selesai isi minyak di kawasan entah apa nama, dalam kawasan Gong Badak, aku pergi ke Kompleks Sukan Gong Badak dekat Stadium Terengganu yang runtuh dulu tu. Itu adalah kawasan rumah Fakh dan Ara. Setelah, mundar-mandir kawasan itu aku pun menelefon Ara. Yang sedihnya, dia tak angkat. Aku memang berhajat untuk melawat minah tu. Sebab dengar khabar dia masuk hospital lagi kerana SLE. Tapi tak mengapa sebab esok ada lagi. Kemudiannya aku menelefon Fakh untuk mencari jalan ke rumahnya. Katanya rumahnya dekat Shell. Yeah, aku setelah mabuk mencari Shell dalam kawasan tu, akhirnya jumpa juga.

Aku menumpang solat Zuhur di rumah Fakh. Kemudian kami berbual dan menonton televisyen. Kelihatan dia agak terkejut mendengar cerita bagaimana aku sampai ke Kuala Terengganu dengan motorsikal. Haha, hampir dua minggu aku telah memberitahu dia yang aku rancang untuk melawat rumah dia. Setelah dipelawa makan oleh ibu Fakh, aku pun dengan malu-malu kucing menjamah makan tengahari di sana. Dalam waktu itu juga aku, aku menelefon Ara, dia kata dia tak ada dekat rumah. Jadi aku terpaksa meneruskan perjalanan ke Cukai untuk berjumpa Nik Mer pula. 

( E ) PANTAI BATU BUROK (April 21, 2.55pm)

Pantai Batu Burok adalah antara check point yang aku kenal pasti.
Melalui jalan dari Kuala Terengganu, aku akan sampai Marang tidak mana lagi.
Agak penat jugalah untuk sampai ke Cukai. Aku tidak sempat singgah di pantai untuk mengambil angin dan lepak-lepak sekejap. Di Marang jugalah terletak kampung Cikgu Norahima, guru homeroomku yang tersayang. Dia tinggal di Kampun Rhu Rendang. Nasib baik dia dekat Tumpat. Kalau tak..jagalah. Ambush rumah dia.

( F ) KUALA DUNGUN (April 21 4.20pm)

Dari Marang sampailah ke Kuala Dungun, tapi sebelum tu kena lalu Rusila, Tanjung Jara dan sampailah Kampung Sura.

Lama juga aku memandu, dan sampai ke Dungun. Aku tak sempat nak explore Kuala Dungun dengan lebih  mendalam memandangkan hari sudah petang. Namun apa yang debarkan adalah sampai sini sahaja pengalaman aku menghafal jalan. Aku pernah datang Dungun semasa rombongan perkahwinan kakak aku di Kampung Sura Tengah. Itu pun tak sampai ke Kuala Dungun. Sekarang ini, aku hanya ikut instinct dan signboard

Pasar Besar Paka dan power station Paka 
Gerak hati aku membawa sampai ke Paka. Betullah kot. Aku jumpa Pasar Besar Paka dan juga power station diberdekatan. Pada mulanya aku agak keliru sebab kenapa ada kawasan kampung sebelum masuk ke Bandar Paka. Aku hampir ingin patah balik atau ingin tanya orang-orang dekat situ untuk ke Kemaman.   Namun, aku tetap berkeras untuk tidak patah balik. Menurut gerak hati, kalau ada kampung mesti keluar ke  bandar juga akhirnya. Yeah..jumpa juga Bandar Paka. Dengan ini, aku akan menuju ke hujung daerah Dungun untuk ke daerah Kemaman pula. 

( G ) PERUMAHAN RANTAU PETRONAS (April 21, 5.05pm)  

Sebuah rumah di Perumahan Rantau Bukit
Setelah melewati daerah Dungun, di Paka yang kiri kanannya ada power station, barulah aku memasuki daerah Kemaman melalui Kerteh. Lama juga memandu ni. Tidak lama saja lagi aku akan melalui kawasan Perumahan Rantau Petronas kalau berpandukan signboard yang aku nampak. 

Kawasan Perumahan Petronas terbahagi kepada tiga. Rantau Bukit, Rantau Pantai dan Rantau Paya. Kawan aku Izzat tinggal di Rantau Pantai iaitu kawasan perumahan kiri sekiranya kita menghala ke Cukai. Menurutnya lagi, kawasan perumahan ini khas diberi bagi mereka yang berkerja di dengan Petronas. Banyak kemudahan yang disediakan seperti sekolah, padang golf, kolam renang dan juga sebuah pusat membeli belah Mesra Mall iaitu perhentian aku seterusnya. 

Setelah hampir sampai ke suatu simpang berlampu isyarat. Aku terpandang di sebelah kanan aku sebuah pusat membeli belah yang terkenal (la sangat) di Terengganu, Mesra Mall. Kenapa teruja sangat? Sebab aku mahu berehat sekejap di sana. Letih sangat memandu dari Kuala Terengganu ke Kerteh ni, lagi-lagi kereta manual. 

( H ) PUSAT KOMPLEKS MESRA MALL, KERTEH ( April 21, 5.20pm)    

Kejakunan aku terpandang orang ketika
cuba mengambil gambar  ini.
Aku memandu ke parking kereta. Setelah itu, aku menjejakkan kaki ke mall ini. Taklah besar sangat. Tapi banyak tempat-tempat menarik seperti pusat bowling, arked game, squasy, futsal, karaoke, cinema dan snuker. Seronok juga ronda-ronda di sini. 

Setelah penat ronda-ronda dalam mall ini, aku singgah di food court. Tak order makanan pun, cuma rehat sekejap setelah beberapa jam memandu. Dalam masa itu juga aku memaklumkan pada Izzat dan Nik yang aku sudah berada di Kerteh. Mungkin malam ini lebih enjoy itu keluar bersama-sama. Apa-apa pun, aku perlu berhati-hati sebab waktu sekarang sudah hampir malam. Aku sepatutnya bermalam di Kuala Dungun dan aku sudah tempah satu homestay murah di Kampung Sura Tengah. Tapi memandangkan waktu yang singkap dan kekurangan wang, aku beralah pada keinginan. Untuk keluar bersama-sama Nik. 

Ke hentian terakhir, Cukai. Nampaknya malam semakin hampir, dan aku memang bermasalah dengan malam sebab aku ada masalah mata silau. Namun, tetap kuredah. Alang-alang dah sampai kan?

( I ) PANTAI KEMASIK (April 21 , 6.15pm)