Tuesday 26 February 2013

Adakah Saya Diterima Berkerja ?


Untuk entry kali ini, aku ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman aku mencari kerja. Alang-alang sudah habis SPM, aku agak kesempitan duit sebab sudah tidak “ditaja” oleh ayah aku. Memang betul pun, aku perlu berusaha sendiri agar tidak meyusahkan kedua-dua ibu bapa aku untuk kepentingan sendiri. Lagipun, aku perlukan duit untuk memuaskan kehendak aku, duit ibu bapa aku bagi hanyalah untuk keperluaan sahaja seperti yuran sekolah memandu serta lesen.

Idea mencari kerja bermula ketika aku sedang berbual dengan rakan aku di Medan Selera, KB Mall. Dia berhasrat mahu berkerja di Hotel Renaissance sebagai banquet. Dengar-dengar gaji kerja dekat situ 1 jam RM 40 tapi secara sambilan. Agak lumayan gajinya. Dan bermulalah pengalaman aku cari kerja.


  • KB Mall



Kebanyakan orang lepasan SPM yang menunggu keputusan akan menghabiskan masanya disini. Pada hari itu juga setelah aku dan kawan aku, Arief Saizul bersetuju untuk berkerja bersama, kami ronda-ronda KB Mall untuk mencari kekosongan. 



Kemudian, iklan "Jawatan Kosong" di outlet Flipper yang baru dibuka menarik perhatian. Kami bertanya. Seorang pengurus kedai warga Cina memberikan kami borang untuk di isi dan beliau menyatakan bahawa outlet ini memerlukan perkerja yang sudah berpengalaman. Tapi tak salah mencuba nasib.

Kami terus mencari dan bertanya, dan ini adalah tempatnya. Tapi kebanyakannya mahukan perkerja wanita. Mungkin mereka tak mahu banyak kerenah. Memang susah nak jaga perkerja lelaki yang banyak bermasalah.


Pencarian kerja berlangsung selama 3 hari juga. Aku dan Arief juga pernah keluar malam untuk memohon kerja di Noodle Station. Dan Rafsyan juga pernah ronda-ronda bersama aku. Dan aku, akulah yang tolong jadi jurutanya. Hampeh.!!

  • Tesco 

Dekat Tesco agak kurang menarik. Hanya Pasaraya Tesco yang kami minta. Waktu itu, hanya aku dan Rafsyan sahaja yang menjual muka untuk mendapatkan kerja. Yang bengangnya dekat sini, staff agak kurang mesra dan hanya tidak membantu sangat. Ketika aku menanyakan kerja, ada abang staff di kaunter pertanyaan  suruh aku pergi tanya dekat lobby. Manalah aku tahu dekat mana lobby, katanya dekat dengan parking kereta tapi tak jumpa. Hampehh.!!

  • Hotel 

Hotel Renaissance, hotel pertama yang aku dan Arief Saizul minta kerja sebagai banquet. Pengkhidmatannya agak tip-top. Kakak receptionist itu siap bawa kami ke jaga untuk isi nombor telefon dan nama. Sistemnya mudah saja. Sekiranya pihak hotel memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk majlis yang besar. Kami akan dihubungi. Kerja sambilan dan aku harap sangat yang aku akan dapat kerja di sana. Sewaktu menunggu peluang kerja, Arief pernah dihubungi tapi dia tidak dapat pergi kerana dan Open Ruby di GMI. Aku? Hampeh..!! Aku dengan kecewanya pergi untuk kali kedua dengan kawan aku Amal. Dan Hampeh jugak..



Hotel Grand River View, agak kebangangan jugak. Hotelnya terletak di hujung pusat bandar dan agak susah nak sampai sana. Di sini perkhidmatan agak baik tapi tak sebaik Renaissance. Aku dan Amal mencuba nasib disini dengan sistem yang sama, "tinggalkan nombor telefon dan nama kemudian kami akan call sekiranya diperlukan" Tapi Hampeh..


Hotel Holiday Villa, "sila tinggalkan resume" Hampeh..!! mohon banquet je pun bukannya kerja tetap. Hotel ini baru saja siap pada tahu lepas dan aku teringin juga yang berkerja dalam suasana yang serba baru. Pada yang menarik tentang hotel ini adalah tempatnya, terletak di Pasar Wakaf Che Yeh dan bersebelahan dengan Mc Donnald  

  • Lain-lain 
  1. Sunrise Interprise, dapat notis masa baru balik dari cari kerja di Berek 12. Yang ini memang hampeh. Rupa-rupanya ini adalah syarikat jual supplement Octiberry dan kerjanya adalah jadi agen. Siap brainwash lagi suruh aku berhenti belajar dan jual ubat dia, Babeng kan?
  2. Berek 12, tempat di mana aku dan Arief interview Pizza Hut Delivery bersama 2 kawan dia yang lain. Hampehnya aku yang tahu pasal notis interview ini ketika balik dari Pasir Tumboh. Lebih hampeh bila ketiga-tiga Arief dan kawan-kawan dia dapat offer Pizza Hut Delivery itu. Haha, dengki
  3. Sekitar Lembah Sireh, disini aku tanya kerja dengan Arief di Fruity Tutti dan hal membawa aku ke Taman Tengku Anis di Tanjong Chat. katanya ada kosong tapi hampeh jugak.
  4. Syarikat Muda Osman, aku dah fotostat 5 salinan borang untuk dihantar ke 5 tempat Muda Osman tapi tidak ada daya nak satu pun borang. 
  5. Syarikat 7E, hantar saja borang dengan Amal punya borang. Tapi sampai sekarang tak dapat jawapan.
  6. Horizon Restaurant, juga hantar borang dengan Arief Saizul tapi tak dapat apa-apa maklum balas. Diorang buat ape sebenarnya dengan borang-borang aku tu? 
  7. Parkson dan Billion dengan Rafsyan, malas nak tulis. Buat penat je ronda-ronda sana.
Pengalaman cari kerja ini sangat memenatkan. Tak kerja lagi dah penat. Untuk pengetahuan semua. Saya dan kawan-kawan yang yang cari kerja bersama hanya bermotosikal dan mengelilingi bandar Kota Bharu. Pencarian ini ber langsung selama 2 bulan dari Januari sampai sekarang, Februari. Kesian..


KREDIT KEPADA :

Watak-watak : Arief Saizul, Rafsyan dan Amaludin

p.s : Takde rezeki la kot..


   

7 comments:

  1. usaha molek nok kijo. baguih2....

    ReplyDelete
  2. wah !!!! you're so determined ..... by hook or by crook, nak juga ! btw, nice blog... mana button followers??? macam mana nak follow??

    ReplyDelete
  3. perghhh...nice entry ... finaly keje mana ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noodle Station..haha..tu pun keje satu bulan sbb tak tahan nga bos

      Delete
  4. aku nak cakap je , skema ayat mu huahuauhau , ni syikingggggg

    ReplyDelete